Khamis, 15 Oktober 2009

Hari Mengemas....

Semalam merupakan hari mengemas bagi aku. Aku terpaksa mengalihkan segalanya untuk keselesaan. Huh...banyak juga barang aku ye...huhu, ingatkan tak banyak. Sekali dah mengemas keluar segalanya. Alih kat sana, alih kat sini, angkat barang itu ini...dan macam2 lagi la. Ni pun aku rasa tak cukup masa utk clear semuanya....terlalu banyak 'bahan2nya'...huhuhu

Sabtu, 10 Oktober 2009

Hari yang membengangkan...

Sejak belakangan ni aku rasa cukup bosan dan bengang. Aku tak suka diriku dipermainkan dan ditipu sepanjang masa. Aku rasa mcm tak hargai langsung dalam hidup dia. Memang aku sungguh bengang...
Tak cukup lagi ke dengan pengorbanan aku selama ini? Aku dah banyak berkorban...dah banyak...aku berkorban ape saje demi dia agar dia tak hadapi sebarang tekanan di tempat keje. Tapi ini hadiah yang aku dari dia....aku sungguh kecewa...kecewa dengan dia..
Aku tak minta dia belai aku dengan kemewahan tapi aku minta perhatian...perhatian dari dia..
Tak lebih mana pun aku minta cuma PERHATIAN....mengapa aku ditipu olehnya...mengapa dan kenapa? ape kekurangan diriku ini...Puas aku memikirkannya...kenapa dia jadi begini..AARRRGGHHHHH!!!!!!!
Dah la sakit kepala aku memikirkan ape kekurangan diri aku, ape salah aku....tapi aku tak jumpa pun jawapannya... Aku cuba bertanya, kenapa buat aku begini? Lagu BENGANG dari Akim AF7 semakin aku minati....sebab sekarang aku tengah bengang...huhuhu



Rabu, 16 September 2009

Renungan - Gambaran Suasana Di SYURGA Kelak....Wallahu 'alam

“Bahagialah kamu wahai wanita..
muslimah yang taqwa & taat suaminya…..”


Wanita2 jangan cemburu dengan Bidadari di Syurga yer

"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an. Jawapannya nanti dulu.
Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu. Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan. Apa puncanya sampai jadi macam tu? Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu. Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri.
Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..
"Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat.. Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita. Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an. Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke? Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi. "Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat.
Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.."
Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat. Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai *ketua bidadari*. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh dimusim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.
Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, atau pun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya. Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?Tidak juga. Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh dilangit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang? Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda.
Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya. Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab. Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yangberbunyi *`uruban atraaba*, yang apabila diterjemahkan bermaksud:"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usiamereka".Di dalam bahasa Arab, kalimah *`uruban* juga bermaksud berahi berpanjangan.
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).Tentang pengertian kalimah *atraaba* pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..
*for guys only*. ;-j---Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'. Betul? Tapi adakah anda pasti? Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga; Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas."Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita. Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal) Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata."Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!" Mungkin ada wanita yang berfikir begini. Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi *shopping* ke?" ; ) "Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah,ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil. Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk. Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik? Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka. Ibarat anda dah dapat semua *file/software* yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya. Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang.
Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta- juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita. "Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..
Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. "Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi". belum habis lagi..ada sambungan hadith ni; "Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak.
Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi. "Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj. Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka.
Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorang pun hambaNya. Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya. Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi.
Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas. Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas! Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu. Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je.. Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).
Hm..Di pasar yang bagaikan *real-life catalogue* ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu. Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka? Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat.
Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya). Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali! Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..
Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya. ..atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. ;-j---Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.
*Qaalusalaaman-salaama~ *Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..
MARILAH MENUJU KEJAYAAN!

~ artikel ini diambil dr emel...

RENUNGAN KITA BERSAMA

ALAM MAHSYAR


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya ?Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?? Tiada siapa yangmenjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya ?KepunyaanAllah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa?. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semuladi atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "AjbuzZanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagiyang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernamaAl-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.?

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.

Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orangramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir airmatanya kerana takutkan Allah.


12.. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullahsaw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun)sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
15. 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgah sana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & Atid / Kiraman Katibin.

18.. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19.. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s.a...w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15 000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Elak jadi mangsa lelaki

Saya ambil artikel ini di ruangan DCCK dlm akhbar utusan malaysia. Bacalah untuk ingatan kita semua...

www.dcckmona.comdcckmonaum@hotmail.com

TUJUAN saya menulis ke ruangan ini bukan untuk menghina atau menyalahkan sesiapa, terutama merendahkan martabat serta maruah kaum wanita, tetapi sekadar pesan berpesan supaya mereka terlibat tidak meneruskan perbuatan terkutuk dan berdosa itu.

‘‘Besar harapan saya sempena bulan ramadan yang mulia ini supaya tulisan saya ini dibaca oleh mereka terlibat juga kalangan mereka yang seangkatan dengannya agar insaflah bahawa perbuatan mereka itu semata-mata merosakkan diri sendiri, di samping menjadi mangsa kepada kekejaman kaum lelaki.

‘‘Ingatlah cinta yang anda lafazkan, simpati yang anda tagih tidak dipedulikan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka sentiasa berusaha mendapatkan apa yang mereka kehendaki secara percuma, selepas itu anda akan ditinggalkan,’’ demikian cerita Johari dalam e-mel yang dikirimkan kepada penulis.

‘‘Saya mempunyai ramai kenalan lelaki dan wanita yang berpelajaran dan berpangkat tinggi, yang bertugas di beberapa buah syarikat korporat terkemuka juga kakitangan kerajaan yang bertugas sama ada di JB mahupun di KL. Merekalah yang menceritakan pengalaman dan masalah mereka setelah apa yang dihajati tidak diperolehi sementara kaum lelaki riang gembira bercerita kejayaannya menghancurkan hati kaum wanita.

‘‘Dari perbualan saya dengan kaum adam, mereka dengan bangga menceritakan kejayaannya memperdaya wanita terutama isteri-isteri yang bermasalah kerana perbuatan suami masing-masing atau gadis-gadis yang terpedaya dengan pujukan kekasihnya.

‘‘Apa yang saya kesalkan kawan lelaki saya ini tanpa segan silu malah dengan bangga menceritakan pengalaman mereka memadu asmara dengan isteri-isteri orang dan gadis-gadis hingga ke ranjang dengan bangga tanpa menyedari bahawa mereka telah berzina dan telah melakukan dosa besar, kerana mereka orang Islam.

MENYEDIHKAN

‘‘Lebih menyedihkan saya mereka melakukan dengan persetujuan kedua belah pihak, seolah-olah mereka lupa kepada dosa yang dilakukan dan pembalasan yang akan diterima baik di dunia mahupun diakhirat. Sebagai contoh ditempat saya bekerja kawan wanita saya ini isteri orang bercinta hingga berzina dengan majikannya sendiri.

‘‘Apa yang menyedihkan kedua-dua mereka adalah orang Melayu dan beragama Islam. Si wanita sudah berkeluarga dan ada tiga orang anak, sementara si majikan bukan sahaja sudah berkeluarga dan cucu malah umurnya sudah hampir pencen.

‘‘Dari apa yang saya tahu, kawan wanita saya ini bercinta kerana mempunyai masalah rumah tangga dengan suami. Matlamat utama perbuatannya adalah hendak membalas dendam selain mencari kepuasan nafsu sendiri. Sedihnya suaminya sampai sekarang tidak sedar akan perbuatan sumbang isterinya.

‘‘Saya rasa sedih sanggup kawan saya ini melakukan perbuatan terkutuk itu dan tergamak dia melakukan dosa besar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Kerana saya tahu dia seorang yang baik pekerti, dan mendapat pendidikan agama dari kecil lagi. Dan saya tak sangka wanita yang baik seperti ini boleh bertukar menjadi wanita yang amat kejam.

‘‘Setelah saya fikirkan bahawa wanita yang emosinya tidak stabil amatl mudah menjadi mangsa lelaki zalim. Lelaki jenis ini akan mengambil kesempatan berbaik-baik dengan wanita yang bermasalah rumahtangga untuk memuaskan nafsu mereka.

‘‘Kepada wanita yang dilanda masalah seolah-olah mendapat sokongan emosi bila ada pihak ketiga melayan perasaannya. Akhirnya wanita ini akan terparangkap dalam permainan cinta lelaki pemangsa tadi.

‘‘Lelaki mana yang tak mahu ‘barang free’ Tak perlu masuk meminang ,keluar wang hantaran atau berbelanja untuk majlis pernikahan. Cari sahaja isteri yang bermasalah buat-buat simpati, hamburkan kata-kata cinta dan janji manis akhirnya tubuh badan dengan rela menjadi korban pemangsa tadi.

‘‘Jika termengandung hasil perzinaan, bayi tersebut akan dibin atau bintikan dengan nama suami si wanita tadi kerana wanita ini juga pandai melayan suaminya. Yang untung adalah di pemangsa tadi tidak perlu keluarkan duit ringgit, cukup kata-kata pujuk rayu, rupa paras yang tampan, rasa simpati yang berlebihan, akhirnya nafsunya terlaksana.

‘‘Sebenarnya bukan seorang dua wanita yang jadi mangsa seperti ini, dari pengakuan ramai kawan-kawan lelaki saya dia telah mengorbankan ramai isteri orang bermasalah.
‘‘Kepada kaum wanita nasihat saya jangan ikut nafsu, jangan emosi kalau bertengkar dengan suami, walau sejahat mana dia tetap suami anda. Bercinta dan berzina dengan lelaki lain untuk membalas dendam bukanlah jalan terbaik , sebaiknya hentikanlah perbuatan itu bertaubatlah. Kerana anda akan terima musibah bala dari Allah.

RUMAHTANGGA

‘‘Dan lagi jangan luahkan masalah rumahtangga kepada orang lelaki. Kerana anda tidak tahu dia kawan atau pemangsa. Lelaki zalim tidak kenal isteri orang, tunang atau adik ipar, pada mereka dia perempuan yang akan menjadi mangsanya.

‘‘Seorang rakan lelaki saya menceritakan bagaimana dia mengadakan hubungan sulit dengan adik iparnya. Mula-mula buat aksi-aksi ringan lepas itu...! Sedihnya isterinya masih belum tahu hubungan jahat suaminya lagi. Si suami depan isterinya dialah suami penyayang, setia dan romantik. Belakang isterinya, adik ipar jadi isteri kedua.

‘‘Kepada gadis-gadis berumur 20an nasihat saya elakkan buat hubungan cinta dengan suami orang walau bagaimana hebat romantik, kaya, tampan, atau caring nya dia kerana lelaki pandai bermain kata-kata dan berjanji manis. Tapi niatnya tidak pernah ikhlas.

‘‘Wanita tetap akan rugi kerana lelaki jika dia meniduri 100 wanita, dia adalah lelaki jaguh, Jika seorang wanita ditiduri seorang lelaki, dia adalah pelacur. Ini hakikat yang perlu wanita sekarang faham.

‘‘Kepada suami-suami budiman, memang benar anda perlu membantu wanita yang di dalam kesusahan. Tetapi bantu setakat yang anda mampu sahaja. Utamakanlah isteri dan anak-anak anda dahulu. Hadkan batas anda sebelum anda terjebak.

‘‘Memang anak-anak dara sekarang tidak dinafikan sangat cantik, lawa dan menawan, malah ada yang meminati suami orang, tetapi jika anda berupaya mengelakkan dari membuat hubungan sulit walau hebat mana godaannya, anda adalah seorang ayah, suami yang “muslim” yang sangat hebat.

‘‘ Sebaliknya kalau lelaki berzina, status anda seumpama bangkai. Anda berhak direjam. Jangan bangga sangat dengan pencapaian anda meniduri ramai isteri dan anak dara orang, ingat suatu hari nanti, isteri dan anak perempuan anda mungkin akan dianiaya orang.

‘‘Bila suami isteri tidak aman, anak terbiar rumahtangga porak peranda bangsa Melayu Islam ini akan hancur suatu hari nanti kerana mengutamakan nafsu diri. Siapa yang rugi? Pembaca budiman sekelian fikirkanlah.’’Demikian nasihat Johari kepada wanita yang bermasalah, lelaki pemangsa juga anak-anak gadis yang gilakan suami orang.

Kepada anda yang dimaksudkan tidak ada bahagianya kalau hidup mengambil hak orang, kerana anda akan dihantui bayangan ketakutan. Lebih parah kalau ditimpa bala oleh Allah, kerana penderitaannya membawa ke akhir hayat.

Khamis, 6 Ogos 2009

BELAJARLAH memeluk ISTERI

TIDAK SETAKAT PENGUCAPAN KATA-KATA YANG BIASANYA AKAN MERESAP KE DALAM JIWA, SENTUHAN FIZIKAL JUGA SANGAT PENTING DALAM SEBUAH PERHUBUNGAN. MELALUI KATA-KATA YANG DIUCAPKAN, BIASANYA JIWA KAN TERBUAI-BUAI DENGAN KATA-KATA YANG MENYENTUH JIWA, MALAH DARI KATA-KATA JUGA AKAN MELAHIRKAN JIWA YANG SUBUR DENGAN KASIH SAYANG YANG MANA DARI SITU AKAN TERBENTUK KEPADA PERLAKUAN.
Namun tidak setakat kata, jiwa juga memerlukan sentuhan secara fizikal. Ini kerana belaian fizikal akan menambah semangat bahawa diri mereka sangat disayangi, dihargai dan dicintai.
Namun tidak semua lelaki mengetahui akan sentuhan secara fizikal ini. Bagi mereka, pelukan hanya dilakukan apabila mahu mengadakan hubungan intim dengan pasangan. Ketika itulah baru tangan yang pejal ini akan mula menyentuh tubuh pasangan akan tetapi mengabaikannya pada hari-hari lain.
"Isteri saya sering meminta dirinya dipeluk. Saya tidak suka melakukannya dan agak rimas berbuat demikian. Bukan tidak memeluknya tanda saya tidak sayang, tetapi bagi saya sayang hanya pada pengucapan."
"Isteri selalu membuat perbandingan bahawa suami kawan-kawannya sering memeluk tidak kira di khalayak ramai mahu pun tidak. Dia juga inginkan dirinya diperlakukan demikian tetapi saya tidak biasa melakukannya......"
Mungkin keluhan-keluhan itu biasa kita dengar dari seorang wanita. Mereka sering membuat perbandingan, jika orang lain boleh melakukannya, mengapa kita tidak boleh berbuat demikian. Walaupun banyak alasan yang kita berikan kerana tidak biasa dengan situasi sedemikian, tetapi kebanyakkan wanita khususnya para isteri tidak boleh menerima pandangan ini. Bagi mereka, sekiranya lelaki lain boleh melakukannya mengapa pasangan mereka tidak?
WANITA AKAN BERASA LEBIH DISAYANGI
Tahukah apa peranan pelukan dalam sebuah perhubungan? Sebagai lelaki anda melihat perkara ini sebagai perkara yang agak remeh tetapi bagi wanita, ia amat penting.
Mengapa wanita perlukan pelukan? Faktor utama mengapa wanita memerlukan pelukan ialah apabila pelukan dilakukan, sejenis hormon yang dipanggil oksitoksin atau "hormon pelukan" akan dilepaskan. Hormon ini bertindak balas terhadap pasangan yang mana pasangan akan merasakan pelukan itu membuatkan hubungan antara mereka lebih rapat dan intim sekali gus membantu membina hubungan antara lelaki dan wanita.
Tahukah anda, pelukan bukan sekadar satu tangan yang memaut tetapi ia belaian kepada jiwa. Wanita yang biasa menerima pelukan, emosinya akan lebih tenteram malah mereka merasakan sangat selamat. Meraka akan merasakan diri dilindungi, lebih disayangi dan sebagainya. Ia samalah seperti bayi yang apabila menangis, diri mereka dipeluk oleh ibu dan sekejap saja itu, bayi akan berhenti menangis kerana merasakan diri sudah selamat. Samalah dengan wanita, mereka merasakan diri cukup selamat dalam pelukan lelaki. Jadi, kalau anda bertanya mengapa isteri atau pasangan sering bising-bising dengan tiadanya sentuhan seperti pelukan, inilah jawapan bagi pertanyaan isteri dan pasangan anda.
MENGAPA LELAKI JARANG MEMELUK PASANGAN
Sesuatu yang sangat mengecewakan apabila selepas melakukan hubungan seks, lelaki biasanya lebih suka tidur dari memeluk pasangannya. Apabila lelaki mencapai orgasma, mereka biasanya akan melepaskan hormon prolaktin yang mana hormon ini biasanya berkait rapat dengan keletihan.
Maka tidak hairanlah apabila mencapai orgasma, mereka biasanya akan terus tidur. Ini kerana untuk mendapatkan kembali tenaga yang hilang, lelaki biasanya akan tidur dalam kelelahan. Namun wanita tidak mengalami kelelahan tersebut dan kerana itulah mereka masih mahu memeluk pasangan sekali pun tahu pasangan sudah letih kerana kehilangan banyak tenaga.
Kenapa pelukan harus dilakukan? Tahukah anda, memeluk pasangan, sekalipun dilihat seperti membebankan bagi anda sebagai lelaki tetapi dari segi emosi, pasangan akan lebih menyayangi anda. Kajian yang dilakukan oleh Berman Centre For Women's Health In Chicago pada tahun 2006 mendapati, pelukan secara spontan tanpa niat melakukan hubungan seks, akan lebih memberi bahagia kepada sebuah perhubungan. Cuba anda lakukan perkara ini, lakukanlah pelukan secara spontan, nescaya pasangan akan lebih gembira. Malah hubungan akan lebih bahagia.

Isnin, 20 Julai 2009

Hunnymoon....

Aku dengan hubby di Cameron Highland. Masa ni aku tengah pregnant ank kedua.
Mmg x larat masa tu tapi kuatkan semangat gak...hunnymoon la katakan...hehehe
Aku masa tu bukannye nak idam ape2. Kalau orang lain pregnant macam2 mintak.
Ini kat strawberry park dekat dengan tempat penginapan kami.
Boleh petik buah strawberi nie. Kena pandai pilih buah la....klu x dapat buah yang masam.
Banyak kenangan manis dan terindah kat ctu...nak tau pegi la...