Khamis, 28 Februari 2008

Geram....

Aduh!!....Aduh!!...Geramnyerrrrrrrrr..........

Setiap orang pasti geram dengan setiap feel, ragam n kerenah orang. Bagi aku pulak, aku geram dengan seseorang. Geram sebab dia suka menabur & menyiram benih2 fitnah tu kat orang agar setiap percakapan dia tu benar belaka...

Bosan tul laa...selagi boleh bersabar aku bersabar...tapi selama mana aku boleh bersabar??

Sakit Kepala....

Semalam seharian aku sakit kepala...aku tak tau kenapa tetiba jer datangnya sakit kepala nie. Dah ler aku dh lama tak sakit kepala macam nie teruknyer...Sakitnyer hanya Tuhan jer Yang Tahu...sumer keje aku tak siap gara-gara sakit kepala yang amat sangat..

Hanya yang termampu untuk aku buat ialah REHAT kan minda aku... Aku rasa macam ade yang tak kene jer dengan sakitku kali nie. Sakitku kali nie lebih teruk dari yang sebelum ni... Apa taknya, setiap kali aku nak bangun dari tempat duduk, pasti aku rasa nak jatuh..rasa gelap pandangan sekeliling...dan macam-macam la.

Jumaat, 15 Februari 2008

Berfikir sejenak....

Ketika aku sedang mencari sesuatu, aku terjumpa satu note book aku yang dalamnya penuh dengan kata-kata renungan...

Aku paling suka dengan kata-kata ini...

"Jadikanlah rumahtanggamu sebagai syurga yang sarat dengan kasih sayang dan ketegangan bukan kalut dengan masalah. Sesungguhnya ketenangan itu satu nikmat. Sebaiknya, kenangkan segala kegembiraan dan kejayaan yang telah dilalui dan lupakan kesulitan dan kesengsaraan. Sesungguhnya, masih ada bahagia yang menanti"

"Nikmati hari-hari indah yang hanya akan singgah cuma sekali dalam hidup kita. Seiring dengannya, carilah sesuatu yang dapat mencegah berlakunya penderitaan sebelum penderitaan itu datang singgah dalam hidup kita"


Aku selalu berfikir, berfikir dan berfikir tanpa henti...
Kata-kata di atas begitu bermakna buat diriku...

Renungan Bersama...

Jika bahagia itu ada pada harta, kita bisa mencarinya...

Jika bahagia itu ada dalam perhiasan, kita boleh berusaha untuk mendapatkannya...

Namun bukan kebahagiaan itu yang kita cari sebenarnya...

Kebahagiaan sebenar adalah keimanan di dalam hati..

Dan hati tidak bisa dikuasai melainkan oleh Tuhan..

Inilah kebahagiaan sejati..

Tidak ada yang merasakannya kecuali orang yang hatinya, jiwanya dan fikirannya mengalirkan cinta kepada Tuhan...

Yang memiliki kebahagiaan sejati adalah Dia Yang Maha Esa, maka mohonlah kebahagiaan dariNya dengan ketaatan kerana sebagai Wanita, Isteri & Ibu, benteng yang paling kuat adalah menjadi Wanita Solehah...