- Jangan terlalu tinggi menulis, tetapi jangan pula terlalu rendah. Itulah karangan yang agung.
- Sejarah adalah politik masa lampau dan politik adalah sejarah sekarang.
- Seseorang gadis apabila berada di sisi seorang jejaka mestilah bersikap seperti bunga yang menginsafi keharumannya.
- Sahabat yang sejati adalah orang-orang yang dapat berkata benar denganmu, bukannya orang yang dapat membenarkan kata-katamu.
- Empat perkara amalan budiman adalah menjauhkan cakap kosong, menjauhi tangan daripada menganggu, cepat memberikan penghargaan dan lambat menjatuhkan tuduhan.
- Sahabat itu umpama bayang-bayang, apabila terang nampaklah ia dan apabila gelap hilanglah ia.
- Jika kita tidak dapat memiliki apa yang kita suka, sukailah apa yang telah kita miliki.
- Kehidupan merupakan suatu nostalgia perjalanan, kematian merupakan kenyataan yang sebenarnya.
- Kejayaan merupakan sebuah tangga, di mana anda tidak boleh mendakinya dengan tangan menyeluk saku.
- Memburu cinta memang baik, tetapi cinta yang datang tanpa diburu seribu kali lebih baik lagi.
- Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
- Berhati-hati memilih kawan, tetapi lebih berhati-hatilah lagi apabila bertukar pasangan.
- Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.
- Kecantikan wanita seperti kaca yang tidak bermakna tanpa dihiasi dengan jiwa yang tulus.
- Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.
- Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
- Nikmat serta kebahagian yang kita rasai pada hari ini adalah bukti kesungguhan usaha kita pada masa yang lalu.
- Melakukan sesuatu perkara dengan tujuan untuk mendapatkan ganjaran adalah lambang manusia yang materialistik.
- Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah.
- Seseorang yang bergelar pakar adalah seorang yang banyak pengetahuan tentang kekurangan bukannya banyak pengetahuan tentang kelebihan.
- Laksanakanlah apa yang dicita-citakan dan sebaliknya padamkanlah apa sahaja yang diangan-angankan.
- Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
- Kebencian akan membawa dua sahabat menjadi musuh, dua pemimpin akan bertelingkah, dua negara akan bergolak dan dua benua akan musnah.
- Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
- Kehidupan ini diibaratkan sebuah pentas dan makhluk yang bergelar manusia adalah pelakon utamanya.
- Semua manusia tahu bagaimana hendak bercakap tetapi tidak semua orang tahu bila dia patut bercakap.
- Kurang ilmu boleh ditambah, kurang pandai boleh belajar, tetapi kurang kejujuran, payah dan sukar menambah dan mempelajari kecuali dengan kemahuan dan kemampuan yang luar biasa.
- Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.
- Jangan disampaikan dan dipertaruhkan rahsia kepada orang yang belum dipercayai benar kerana mempertaruhkan rahsia kepada mereka bererti membuka rahsia itu.
- Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam dan menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh.
- Apabila anda berada di puncak sebuah gunung jangan sesekali anda lupakan rumput di bawah yang pernah anda pijak.
- Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.
- Kenangilah kesilapan pada masa lalu agar terbina sempadan di masa akan datang.
- Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama.
- Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
- Sesungguhnya untuk menilai kebaikan seseorang adalah amat sukar daripada mencari keburukannya.
- Manusia dikurniakan akal untuk berfikir tetapi akal juga telah digunakan oleh manusia untuk memusnahkan antara satu sama lain.
- Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup seseorang hanya menghasilkan dua kesudahan iaitu kegembiraan dan kesedihan.
- Sesungguhnya manusia yang melakukan kemusnahan tidak pernah mengenal erti penderitaan.
- Pedang yang tajam boleh membunuh beribu manusia tetapi minda yang tajam dapat menyelamatkan berjuta jiwa.
- Sebenarnya orang yang sentiasa memuji kita adalah musuh yang paling berbahaya kepada kita.
- Jika anda tidak melakukan yang terbaik hari ini, pasti anda akan melakukan perkara yang lebih teruk lagi pada hari esok.
- Jagalah lidahmu sebelum ia melukakan hati orang lain dan jagalah tingkahlakumu sebelum ia membinasakan diri sendiri.
- Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.
- Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.
- Rahsia kegembiraan bukanlah melakukan apa yang seseorang suka tetapi menyukai sesuatu yang dilakukan oleh orang lain.
- Hidup itu "hidup". Untuk hidupkan "hidup", kita mesti "hidup" supaya kita hidup dengan "hidup" yang sebenarnya.
- Jangan lakukan semua yang anda ketahui, jangan berbelanja semua yang anda miliki, jangan percaya semua yang anda dengar dan jangan memberitahu semua yang anda dengar.
- Terlalu ramai orang yang menyambut kemerdekaan tanpa mengenal erti kemerdekaan yang sebenarnya.
dipetik dari ; www.anglefire.com/pop/juita/madah2.html
2 ulasan:
hepi besday iffa..huhuhu semoga dipanjangkan umur, dan diberikan kesihatan yg baik serta kebahagian dan keharmonian rumahtangga...
sori bulan lepas masa kite balik mesia x sempat nk jumpa..masa suntuk sgt..arghhhhh i miss u...muahhhhhhh..nnt bila kite balik for good InsyaAllah kita jumpe ekkkk.
terima kasih2.....amin
insyaallah....ada masa nnt kita jumpa..
Catat Ulasan