Jumaat, 15 Februari 2008

Berfikir sejenak....

Ketika aku sedang mencari sesuatu, aku terjumpa satu note book aku yang dalamnya penuh dengan kata-kata renungan...

Aku paling suka dengan kata-kata ini...

"Jadikanlah rumahtanggamu sebagai syurga yang sarat dengan kasih sayang dan ketegangan bukan kalut dengan masalah. Sesungguhnya ketenangan itu satu nikmat. Sebaiknya, kenangkan segala kegembiraan dan kejayaan yang telah dilalui dan lupakan kesulitan dan kesengsaraan. Sesungguhnya, masih ada bahagia yang menanti"

"Nikmati hari-hari indah yang hanya akan singgah cuma sekali dalam hidup kita. Seiring dengannya, carilah sesuatu yang dapat mencegah berlakunya penderitaan sebelum penderitaan itu datang singgah dalam hidup kita"


Aku selalu berfikir, berfikir dan berfikir tanpa henti...
Kata-kata di atas begitu bermakna buat diriku...

Tiada ulasan: