Jumaat, 11 Julai 2008

Hikmah Melihat Orang Yang Disayangi Ketika Tidur..

Pernahkah anda menatap wajah orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap disaat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya. Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, rambut-rambut mulai putih,kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya dan rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah.. Lihatlah ibu anda... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai tubuh bayi itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Ibulah yang setiap hari menguruskan keperluan kita dan paling rajin mengingatkan semata-­mata kerana rasa kasih dan sayang yang kadangkala sering kita disalah ertikan. Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya... Rasakanl­ah betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kala tertutup oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur.

Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Untuk siapa dia berpenat lelah tak lain adalah KITA... Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa bahagia dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok"orang-orang kita kasihi itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ...

petikan dari sahabat, ruhit_2000 (VF)

What is ur favourite room??

What is your favourite room in your home?
a) Bedroom
b) Livingroom
c) Dining room
d) Bathroom
e) Kitchen
f) Balcony
g) Study or den
h) None at all

-----> Analysis Below :

a) Bed Room :- You are an imaginative and colorful character. You Believe in true love but until you find it, you'll have fun flirting. You attract people just by the way you talk. This can make insecure people feel jealous.

b) Living Room :- You are sociable and enjoy talking to people. Whenever you have the opportunity, you'll help people. You don't shirk responsibility, and in fact enjoy taking on leadership roles.

c) Dining Room :- You are conservative, cautious and don't panic in emergencies. You are an extrovert, and like sharing ideas with people. However, yu also need to spend time alone to organize your thoughts.

d) Bath Room :- You take good care of yourself and are concerned about your health. When you hear about any new illnesses, you start watching out for the first symptoms to appear. This can sometimes annoy your friends. However, you look at the world on the bright side, and this makes you quite popular.

e) Kitchen :- Easygoing and altruistic, you are most happy when taking care of others. While at times you can be boisterous, you make people feel comfortable around you and they always seek your advice when they have problems.

f) Balcony:- You love freedom and hate to be controlled. You want to walk away from all the rules and rely on your imagination to direct your life instead. When you need to reenergize yourself, you head to the beach or to the forest.

g) Study or den :- You take life seriously and like things to be neat and in order. Proud and dignified, you don't like to be mocked. You are a good listener even when you disagree with other people's ideas.

h) None at all :- You are interested in the people around you and don't pay much heed to material goods. You are helpful and considerate to your family, and in return they love you dearly.

dipetik dr artikel sahabat mr_rempitzkl (VF)

Hayatilah.....

Kepada Teman2 Seperjuangan Mari kita kongsi apa yang Datuk Dr. Fadilah Kamsah kata dalam radio (bunyi lebih kurang macam ni la) ...
Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '..
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... '

Jadi sahabat ku, renungi lah :-
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja .
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.
3. Ada kala kita rasa kita PRIHATIN, tapi rupanya kita BUSY BODY .
4. Ada kala kita rasa kita OPEN MINDED and OUT SPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.
5. Ada kala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Ada kala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita dilihat lebih MENGADA .
7. Ada kala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT' .

Pejam mata dan renung2 lah diri kita,
kalau kita rasa kita OK, tak perlulah berubah...
tapi kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah... Segera...
tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Fahami lah yang dibawah ini,

' Sekiranya engkau merasakan engkau dekat dengan ALLAH, nescaya engkau sebenarnya jauh... .'

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan.. kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa .. tak dapat BONUS lebih pun tak apa... sebab pahala dapat.. kita draw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

Tidak menjadi pelik sekiranya kita merasa 'BIASA' saja selepas membaca ni, kerana... . kita sendiri tak tau apa makna ANJAKAN PARADIGMA tuh..

Rabu, 2 Julai 2008

** KOLEKSI MADAH **


    • Jangan terlalu tinggi menulis, tetapi jangan pula terlalu rendah. Itulah karangan yang agung.

    • Sejarah adalah politik masa lampau dan politik adalah sejarah sekarang.

    • Seseorang gadis apabila berada di sisi seorang jejaka mestilah bersikap seperti bunga yang menginsafi keharumannya.

    • Sahabat yang sejati adalah orang-orang yang dapat berkata benar denganmu, bukannya orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

    • Empat perkara amalan budiman adalah menjauhkan cakap kosong, menjauhi tangan daripada menganggu, cepat memberikan penghargaan dan lambat menjatuhkan tuduhan.

    • Sahabat itu umpama bayang-bayang, apabila terang nampaklah ia dan apabila gelap hilanglah ia.

    • Jika kita tidak dapat memiliki apa yang kita suka, sukailah apa yang telah kita miliki.

    • Kehidupan merupakan suatu nostalgia perjalanan, kematian merupakan kenyataan yang sebenarnya.

    • Kejayaan merupakan sebuah tangga, di mana anda tidak boleh mendakinya dengan tangan menyeluk saku.

    • Memburu cinta memang baik, tetapi cinta yang datang tanpa diburu seribu kali lebih baik lagi.

    • Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.

    • Berhati-hati memilih kawan, tetapi lebih berhati-hatilah lagi apabila bertukar pasangan.

    • Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.

    • Kecantikan wanita seperti kaca yang tidak bermakna tanpa dihiasi dengan jiwa yang tulus.

    • Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

    • Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

    • Nikmat serta kebahagian yang kita rasai pada hari ini adalah bukti kesungguhan usaha kita pada masa yang lalu.

    • Melakukan sesuatu perkara dengan tujuan untuk mendapatkan ganjaran adalah lambang manusia yang materialistik.

    • Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah.

    • Seseorang yang bergelar pakar adalah seorang yang banyak pengetahuan tentang kekurangan bukannya banyak pengetahuan tentang kelebihan.

    • Laksanakanlah apa yang dicita-citakan dan sebaliknya padamkanlah apa sahaja yang diangan-angankan.

    • Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

    • Kebencian akan membawa dua sahabat menjadi musuh, dua pemimpin akan bertelingkah, dua negara akan bergolak dan dua benua akan musnah.

    • Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

    • Kehidupan ini diibaratkan sebuah pentas dan makhluk yang bergelar manusia adalah pelakon utamanya.

    • Semua manusia tahu bagaimana hendak bercakap tetapi tidak semua orang tahu bila dia patut bercakap.

    • Kurang ilmu boleh ditambah, kurang pandai boleh belajar, tetapi kurang kejujuran, payah dan sukar menambah dan mempelajari kecuali dengan kemahuan dan kemampuan yang luar biasa.

    • Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.

    • Jangan disampaikan dan dipertaruhkan rahsia kepada orang yang belum dipercayai benar kerana mempertaruhkan rahsia kepada mereka bererti membuka rahsia itu.

    • Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam dan menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh.

    • Apabila anda berada di puncak sebuah gunung jangan sesekali anda lupakan rumput di bawah yang pernah anda pijak.

    • Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.

    • Kenangilah kesilapan pada masa lalu agar terbina sempadan di masa akan datang.

    • Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama.

    • Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.

    • Sesungguhnya untuk menilai kebaikan seseorang adalah amat sukar daripada mencari keburukannya.

    • Manusia dikurniakan akal untuk berfikir tetapi akal juga telah digunakan oleh manusia untuk memusnahkan antara satu sama lain.

    • Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup seseorang hanya menghasilkan dua kesudahan iaitu kegembiraan dan kesedihan.

    • Sesungguhnya manusia yang melakukan kemusnahan tidak pernah mengenal erti penderitaan.

    • Pedang yang tajam boleh membunuh beribu manusia tetapi minda yang tajam dapat menyelamatkan berjuta jiwa.

    • Sebenarnya orang yang sentiasa memuji kita adalah musuh yang paling berbahaya kepada kita.

    • Jika anda tidak melakukan yang terbaik hari ini, pasti anda akan melakukan perkara yang lebih teruk lagi pada hari esok.

    • Jagalah lidahmu sebelum ia melukakan hati orang lain dan jagalah tingkahlakumu sebelum ia membinasakan diri sendiri.

    • Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.

    • Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.

    • Rahsia kegembiraan bukanlah melakukan apa yang seseorang suka tetapi menyukai sesuatu yang dilakukan oleh orang lain.

    • Hidup itu "hidup". Untuk hidupkan "hidup", kita mesti "hidup" supaya kita hidup dengan "hidup" yang sebenarnya.

    • Jangan lakukan semua yang anda ketahui, jangan berbelanja semua yang anda miliki, jangan percaya semua yang anda dengar dan jangan memberitahu semua yang anda dengar.

    • Terlalu ramai orang yang menyambut kemerdekaan tanpa mengenal erti kemerdekaan yang sebenarnya.







    dipetik dari ; www.anglefire.com/pop/juita/madah2.html