Rabu, 2 Julai 2008

** KOLEKSI MADAH **


    • Jangan terlalu tinggi menulis, tetapi jangan pula terlalu rendah. Itulah karangan yang agung.

    • Sejarah adalah politik masa lampau dan politik adalah sejarah sekarang.

    • Seseorang gadis apabila berada di sisi seorang jejaka mestilah bersikap seperti bunga yang menginsafi keharumannya.

    • Sahabat yang sejati adalah orang-orang yang dapat berkata benar denganmu, bukannya orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

    • Empat perkara amalan budiman adalah menjauhkan cakap kosong, menjauhi tangan daripada menganggu, cepat memberikan penghargaan dan lambat menjatuhkan tuduhan.

    • Sahabat itu umpama bayang-bayang, apabila terang nampaklah ia dan apabila gelap hilanglah ia.

    • Jika kita tidak dapat memiliki apa yang kita suka, sukailah apa yang telah kita miliki.

    • Kehidupan merupakan suatu nostalgia perjalanan, kematian merupakan kenyataan yang sebenarnya.

    • Kejayaan merupakan sebuah tangga, di mana anda tidak boleh mendakinya dengan tangan menyeluk saku.

    • Memburu cinta memang baik, tetapi cinta yang datang tanpa diburu seribu kali lebih baik lagi.

    • Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.

    • Berhati-hati memilih kawan, tetapi lebih berhati-hatilah lagi apabila bertukar pasangan.

    • Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.

    • Kecantikan wanita seperti kaca yang tidak bermakna tanpa dihiasi dengan jiwa yang tulus.

    • Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

    • Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

    • Nikmat serta kebahagian yang kita rasai pada hari ini adalah bukti kesungguhan usaha kita pada masa yang lalu.

    • Melakukan sesuatu perkara dengan tujuan untuk mendapatkan ganjaran adalah lambang manusia yang materialistik.

    • Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah.

    • Seseorang yang bergelar pakar adalah seorang yang banyak pengetahuan tentang kekurangan bukannya banyak pengetahuan tentang kelebihan.

    • Laksanakanlah apa yang dicita-citakan dan sebaliknya padamkanlah apa sahaja yang diangan-angankan.

    • Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

    • Kebencian akan membawa dua sahabat menjadi musuh, dua pemimpin akan bertelingkah, dua negara akan bergolak dan dua benua akan musnah.

    • Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

    • Kehidupan ini diibaratkan sebuah pentas dan makhluk yang bergelar manusia adalah pelakon utamanya.

    • Semua manusia tahu bagaimana hendak bercakap tetapi tidak semua orang tahu bila dia patut bercakap.

    • Kurang ilmu boleh ditambah, kurang pandai boleh belajar, tetapi kurang kejujuran, payah dan sukar menambah dan mempelajari kecuali dengan kemahuan dan kemampuan yang luar biasa.

    • Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.

    • Jangan disampaikan dan dipertaruhkan rahsia kepada orang yang belum dipercayai benar kerana mempertaruhkan rahsia kepada mereka bererti membuka rahsia itu.

    • Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam dan menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh.

    • Apabila anda berada di puncak sebuah gunung jangan sesekali anda lupakan rumput di bawah yang pernah anda pijak.

    • Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.

    • Kenangilah kesilapan pada masa lalu agar terbina sempadan di masa akan datang.

    • Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama.

    • Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.

    • Sesungguhnya untuk menilai kebaikan seseorang adalah amat sukar daripada mencari keburukannya.

    • Manusia dikurniakan akal untuk berfikir tetapi akal juga telah digunakan oleh manusia untuk memusnahkan antara satu sama lain.

    • Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup seseorang hanya menghasilkan dua kesudahan iaitu kegembiraan dan kesedihan.

    • Sesungguhnya manusia yang melakukan kemusnahan tidak pernah mengenal erti penderitaan.

    • Pedang yang tajam boleh membunuh beribu manusia tetapi minda yang tajam dapat menyelamatkan berjuta jiwa.

    • Sebenarnya orang yang sentiasa memuji kita adalah musuh yang paling berbahaya kepada kita.

    • Jika anda tidak melakukan yang terbaik hari ini, pasti anda akan melakukan perkara yang lebih teruk lagi pada hari esok.

    • Jagalah lidahmu sebelum ia melukakan hati orang lain dan jagalah tingkahlakumu sebelum ia membinasakan diri sendiri.

    • Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.

    • Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.

    • Rahsia kegembiraan bukanlah melakukan apa yang seseorang suka tetapi menyukai sesuatu yang dilakukan oleh orang lain.

    • Hidup itu "hidup". Untuk hidupkan "hidup", kita mesti "hidup" supaya kita hidup dengan "hidup" yang sebenarnya.

    • Jangan lakukan semua yang anda ketahui, jangan berbelanja semua yang anda miliki, jangan percaya semua yang anda dengar dan jangan memberitahu semua yang anda dengar.

    • Terlalu ramai orang yang menyambut kemerdekaan tanpa mengenal erti kemerdekaan yang sebenarnya.







    dipetik dari ; www.anglefire.com/pop/juita/madah2.html

    2 ulasan:

    Aku berkata...

    hepi besday iffa..huhuhu semoga dipanjangkan umur, dan diberikan kesihatan yg baik serta kebahagian dan keharmonian rumahtangga...

    sori bulan lepas masa kite balik mesia x sempat nk jumpa..masa suntuk sgt..arghhhhh i miss u...muahhhhhhh..nnt bila kite balik for good InsyaAllah kita jumpe ekkkk.

    iff_ifah berkata...

    terima kasih2.....amin
    insyaallah....ada masa nnt kita jumpa..