Ahad, 19 Julai 2009

ALHAMDULILLAH...

Hari ini genap sebulan umur anakku dan aku berpantang. Dahulu aku bersalin anak 1st & 2nd aku berpantang kat kampung, kini aku berpantang dirumah sendiri.
Berdasarkan pengalaman aku bersalin yang lepas, aku rasa bersalin kali ini amat sukar bagiku. Aku mula rasa sakit jam 10malam. Pada mulanya aku sangkakan sakit perut biasa jer so aku tak ambil kisah la. Tepat jam 11mlm, rasa sakit kuat kat bahagian perut mula terasa. Hubbyku dah mula risau melihat keadaan diriku ini. Dia memaksa diriku untuk pegi ke Hospital tapi aku kuat menyatakan ini hanya sakit biasa jer lagipun tiada tanda2 untuk bersalin. Hubby aku tetap mendesak aku agar bersiap pegi ke Hospital. Dalam perjalanan ke Hospital Serdang, sempat lagi hubby aku menyinggah ke Stesen Minyak untuk isi tank. Aku dah terasa sakit sangat dah tika itu. Aku sampai di Hospital Serdang jam 12.00tgh mlm dan terus menuju ke Jabatan Kecemasan. Nasib baik, tika itu aku merupakan orang terakhir mendaftar untuk kemasukkan ke wad. Pendaftar dikaunter itu memberitahu hubbyku bahawa wad dah penuh.
Semasa aku melangkah masuk ke dalam bilik kecemasan sebelum masuk ke labour room, perasaan gementar dan gemuruh semakin menghantui fikiranku. Aku diperiksa oleh seorang doktor lelaki (DR. FITRI AZAM). Dr. Azam memeriksa pintu rahimku dan rahimku dah buka 5cm.
Aku masuk bilik bersalin jam 12.50am di bilik no.10. Aku keseorangan di bilik itu tanpa ditemani suami sebab suamiku mabuk darah. Nasib baik nurse datang cepat pada itu kalau tidak tentu aku dah meneran.
Kali ini kurasakan begitu terasa kesakitan yang ku alami berbanding 2x bersalin yang dahulu. Walaupun bersalin dahulu banyak rintangan dan terpaksa menunggu lama untuk proses bersalin tetapi ia tidak menyakitkan. Bersalin kali ini kurasakan berlipat kali gandanya kesakitan yang aku tanggung dalam proses bersalin ini. Ramai Nurse dan Doktor datang memberi semangat pada aku. Aku sebenarnya dah banyak hilang tenaga. Dalam sibuk aku meneran, tetiba doktor dan nurse menjerit2 pada nurse yang ada kat dlm bilik tu menyuruh suamiku masuk dalam bilik bersalin sebelum apa2 hal berlaku. Doktor2 yang ada kat situ berusaha menyelamatkan aku dan baby aku yang semakin lemah dan tidak bertenaga dan jantung baby semakin lemah. Doktor mengatakan aku banyak kehilangan darah.
Syukur alhamdulillah, Tepat jam 2.42 pagi, hari Jumaat (19.06.2009) aku telah selamat bersalin dan dapat baby girl. Kini perasaan gemuruh dan gementar telah hilang. Walaupun terpaksa bersabung nyawa sampai aku gunakan gas oksigen untuk membantu pernafasanku....aku bersyukur segalanya telah selamat.
Aku menitiskan airmata kesyukuran segala kesulitan yang dialami dalam proses bersalin kini telah selamat. Aku masih lagi dalam keadaan 'mamai' ketika suamiku datang untuk melihat keadaan diriku. Aku mengadu pada suami yang aku tidak tahan menanggung kesakitan.Aku rasa cukup la kali nie aku mengandung tapi bila dah menatap wajah anak yang kita lahir hilang segala kesakitan dan rasa nak tambah lagi. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan.

Tiada ulasan: