Khamis, 6 Ogos 2009

BELAJARLAH memeluk ISTERI

TIDAK SETAKAT PENGUCAPAN KATA-KATA YANG BIASANYA AKAN MERESAP KE DALAM JIWA, SENTUHAN FIZIKAL JUGA SANGAT PENTING DALAM SEBUAH PERHUBUNGAN. MELALUI KATA-KATA YANG DIUCAPKAN, BIASANYA JIWA KAN TERBUAI-BUAI DENGAN KATA-KATA YANG MENYENTUH JIWA, MALAH DARI KATA-KATA JUGA AKAN MELAHIRKAN JIWA YANG SUBUR DENGAN KASIH SAYANG YANG MANA DARI SITU AKAN TERBENTUK KEPADA PERLAKUAN.
Namun tidak setakat kata, jiwa juga memerlukan sentuhan secara fizikal. Ini kerana belaian fizikal akan menambah semangat bahawa diri mereka sangat disayangi, dihargai dan dicintai.
Namun tidak semua lelaki mengetahui akan sentuhan secara fizikal ini. Bagi mereka, pelukan hanya dilakukan apabila mahu mengadakan hubungan intim dengan pasangan. Ketika itulah baru tangan yang pejal ini akan mula menyentuh tubuh pasangan akan tetapi mengabaikannya pada hari-hari lain.
"Isteri saya sering meminta dirinya dipeluk. Saya tidak suka melakukannya dan agak rimas berbuat demikian. Bukan tidak memeluknya tanda saya tidak sayang, tetapi bagi saya sayang hanya pada pengucapan."
"Isteri selalu membuat perbandingan bahawa suami kawan-kawannya sering memeluk tidak kira di khalayak ramai mahu pun tidak. Dia juga inginkan dirinya diperlakukan demikian tetapi saya tidak biasa melakukannya......"
Mungkin keluhan-keluhan itu biasa kita dengar dari seorang wanita. Mereka sering membuat perbandingan, jika orang lain boleh melakukannya, mengapa kita tidak boleh berbuat demikian. Walaupun banyak alasan yang kita berikan kerana tidak biasa dengan situasi sedemikian, tetapi kebanyakkan wanita khususnya para isteri tidak boleh menerima pandangan ini. Bagi mereka, sekiranya lelaki lain boleh melakukannya mengapa pasangan mereka tidak?
WANITA AKAN BERASA LEBIH DISAYANGI
Tahukah apa peranan pelukan dalam sebuah perhubungan? Sebagai lelaki anda melihat perkara ini sebagai perkara yang agak remeh tetapi bagi wanita, ia amat penting.
Mengapa wanita perlukan pelukan? Faktor utama mengapa wanita memerlukan pelukan ialah apabila pelukan dilakukan, sejenis hormon yang dipanggil oksitoksin atau "hormon pelukan" akan dilepaskan. Hormon ini bertindak balas terhadap pasangan yang mana pasangan akan merasakan pelukan itu membuatkan hubungan antara mereka lebih rapat dan intim sekali gus membantu membina hubungan antara lelaki dan wanita.
Tahukah anda, pelukan bukan sekadar satu tangan yang memaut tetapi ia belaian kepada jiwa. Wanita yang biasa menerima pelukan, emosinya akan lebih tenteram malah mereka merasakan sangat selamat. Meraka akan merasakan diri dilindungi, lebih disayangi dan sebagainya. Ia samalah seperti bayi yang apabila menangis, diri mereka dipeluk oleh ibu dan sekejap saja itu, bayi akan berhenti menangis kerana merasakan diri sudah selamat. Samalah dengan wanita, mereka merasakan diri cukup selamat dalam pelukan lelaki. Jadi, kalau anda bertanya mengapa isteri atau pasangan sering bising-bising dengan tiadanya sentuhan seperti pelukan, inilah jawapan bagi pertanyaan isteri dan pasangan anda.
MENGAPA LELAKI JARANG MEMELUK PASANGAN
Sesuatu yang sangat mengecewakan apabila selepas melakukan hubungan seks, lelaki biasanya lebih suka tidur dari memeluk pasangannya. Apabila lelaki mencapai orgasma, mereka biasanya akan melepaskan hormon prolaktin yang mana hormon ini biasanya berkait rapat dengan keletihan.
Maka tidak hairanlah apabila mencapai orgasma, mereka biasanya akan terus tidur. Ini kerana untuk mendapatkan kembali tenaga yang hilang, lelaki biasanya akan tidur dalam kelelahan. Namun wanita tidak mengalami kelelahan tersebut dan kerana itulah mereka masih mahu memeluk pasangan sekali pun tahu pasangan sudah letih kerana kehilangan banyak tenaga.
Kenapa pelukan harus dilakukan? Tahukah anda, memeluk pasangan, sekalipun dilihat seperti membebankan bagi anda sebagai lelaki tetapi dari segi emosi, pasangan akan lebih menyayangi anda. Kajian yang dilakukan oleh Berman Centre For Women's Health In Chicago pada tahun 2006 mendapati, pelukan secara spontan tanpa niat melakukan hubungan seks, akan lebih memberi bahagia kepada sebuah perhubungan. Cuba anda lakukan perkara ini, lakukanlah pelukan secara spontan, nescaya pasangan akan lebih gembira. Malah hubungan akan lebih bahagia.

Tiada ulasan: